hmmmph... aku menulis blog ini setelah sekian lama menyepi... menulis dikala tengah makan tengahari (nasi lauk ikan n sayur...)...
hari isnin yang bosan.. terlalu banyak kerja menanti hingga aku tidak tahu yang mana satu harus kumulakan...
sebelum ini.. ya baru sebentar tadi.. aku membaca blog junior2 kesayanganku.. tetapi aku berasa sedih.. mengapa?? kenapa??
aku tahu.. aku tidak harus menjaga tepi kain sesiapa.. kerana tepi kainku sendiri hampir putus jahitan benang2nya kerana aku sendiri tidak mampu menjaganya... tetapi aku sekadar ingin meluahkan keluhan yang ada di dada.. kerana aku tidak suka dengan apa yang berlaku...
adik-adikku.. perselisihan faham dalam persahabatan memang perkara biasa yang berlaku.. sedangkan teman setia gigi sang lidah lagi sentiasa digigit.. inikan pula kita manusia biasa yang memang mudah terluka...
tetapi sedarkah kalian.. berselisih faham.. bergaduh.. bukan satu jalan yang terbaik.. kerana aku betapa penatnya menahan hati yang sakit... sakit tatkala melihat kerenahnya.. sakit tatkala mendengar suara tawanya.. sakit ketika mendengar lawaknya.. segalanya dirasakan membebankan... walaupun satu ketika dulu.. itulah yang menjadi teman setia kita untuk mewarnai kanvas kehidupan...
Tapi.. munkin kalian belum sedar yang satu ini.. satu hari nanti kalian akan berasa menyesal kerana pernah berselisih begini.. kerana daripada menanggung bebanan emosi yang terlampau.. jika kalian menyelesaikannya dengan cara yang baik.. membuang ego2 yang ada.. mencuba melupakan apa yang berlaku.. walaupun ya.. memang sakit.. aku tahu.. kerana aku juga pernah merasai apa yang kalian rasakan.. walaupun tidak seratus peratus sama.. tetapi aku begitu menyesali segalanya.. kerana waktu itu.. aku tidak menggunakan kesempatan yang ada.. untuk berbaik semula.. dan waktu itu tidak bisa aku ulang semula..
Dan kesannya.... aku telah kehilangan banyak kenangan yang sepatutnya aku cipta bersama.. di kala itu....
MAAF.. satu perkataan yang amat mudah.. satu perkataan yang mampu melunturkan segala kesakitan dan kelukaan.. jika dituturkan dengan penuh keikhlasan.. kena pada tempat dan waktunya...
Aku.. bukan ingin membebel atau meng'hentam' sesiapa.. Sekadar meluahkan apa yang aku rasa.. kerana bagi aku kita sudah d.e.w.a.s.a...... Perkara ini bisa diselesaikan jika kita mahukannya...
Jujur aku katakan aku tidak tahu langsung apa yang berlaku... tapi ketegangan itu aku bisa rasakan... dan aku tidak suka...
Kalian... percayalah.. jangan ulangi kesilapanku yang lalu... kalian masih punya waktu.. oleh itu.. berbaiklah.....
Monday, October 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
biarlah masa memberi jawapan atas apa yg berlaku...
kita hanya manusia biasa...yang tiada kuasa untuk mengetahui apa yang akan terjadi 1 saat,1minit,1jam,1hari,1minggu,1bulan,1tahun,
mahupun 1 abad yang akan datang...
mengapa ianya terjadi...
pasti ada sebabnya....
ego mmg sukar utk di buang...
maaf mmg mudah utk di lafaz...
luka di hati???
hanya tuhan yg tahu....
betul tu...
biar masa yg menentukn...
krn ia terjadi bkn kehendak diri...
masing2 ada hujah sendiri...
mengapa?
kerana manusia terlalu mengejar kesempurnaan dalam persahabatan~
=)
kalo ko rasa bosan aku lg 2 kali ganda bosan... ala sedangkan berjalan pn kadang2 jatuh inikan pulak meniti kehidupan. gaduh tu lumrah la...
aie,bersawang dah blog tok.gago menar intern kacak tok.
hey sexy!u've been tagged.buat tau!!
Post a Comment