.
Teater MIMPI sebuah adaptasi komedi A MIDSUMMER NIGHT'S DREAM oleh WILLIAM SHAKESPEARE yang diarahkan oleh JIM O'CONNOR. Dan aku sekali lagi berpeluang menjadi salah seorang penonton teater ini.. Berikut adalah latar masa dan tempat teater ini..
TARIKH : 4 APRIL 2009
MASA : 3PM
TEMPAT : LAMBANG SARI, ISTANA BUDAYA KL
Pada awalnya aku agak tidak mengerti perjalanan cerita ini.. maklumlah salah sebuah karya William Shakerpeare.. Dan aku memang agak cetek ilmu tentang karya2 beliau.. hehe tapi aku hadirkan juga diri.. menonton teater ini.. sebagai seorang pencinta seni.. pencinta teater.. dan hasilnya tidak mengecewakan.. Tahniah kepada semua produksi MIMPI..
Sinopsis MIMPI..
Naskah 'mimpi' merupakan sebuah skrip adaptasi dari karya Shakespeare iaitu 'A Midsummer Night's Dream'. Cerita ini mengisahkan percintaan dua orang pasangan anak muda iaitu Hermia dan Lysander tetapi cintanya telah dihalang oleh ayah Hermia iaitu Egeus yang inginkan anak gadisnya berkahwin dengan Demetrius iaitu bakal menantu pilihannya kerana pangkat kedudukan yang dimiliki oleh Demetrius. Bagaimanapun, berlakunya cinta tiga segi apabila Helena , sepupu kepada Hermia sangat mencintai Demetrius tetapi cintanya ditolak kerana Demetrius sangat mencintai Hermia. Untuk mengelak diri daripada dikahwinkan dengan Demetrius, Hermia telah berpakat dengan Lysander untuk melarikan diri dari Athens. Namun, rahsianya turut diketahui oleh Helena apabila mereka terserempak dengannya.
Kedudukan cinta ini menjadi rumit apabila Demetrius dan Lysander telah jatuh hati pada Helena gara-gara air mawar ajaib yang telah dititiskan oleh Puck (pembantu Raja Bunian) pada kelopak mata mereka semasa mereka tidur. Jangkaannya, titisan ajaib air mawar itu hendaklah diletakkan di kelopak mata Demetrius seperti yang diarahkan oleh Oberon (Raja Bunian) supaya Demetrius mencintai Helena wanita yang sangat dibencinya.
Masalah ini dapat diselesaikan apabila Puck telah diarahkan semula oleh Oberon untuk memulihkan keadaan tersebut dengan menyesatkan Demetrius dan Lysander di dalam hutan dengan menggunakan penyamaran suara Puck. Dia juga telah diarahkan oleh Oberon untuk memerahkan daun (bagi memulihkan akal fikiran Lysander supaya dirinya dapat mencintai semula Hermia seperti mana pada awalnya).
Keadaan kembali pulih seperti sedia kala apabila Lysander berjaya mencintai semula Hermia dan Demetrius telah pun mencintai Helena menyebabkan kedua-dua jejaka ini berterus terang kepada Egeus (bapa Hermia) tentang kedudukan cinta mereka berdua.
Pada awalnya, Egues sangat marah dengan tindakan itu, tetapi diredakan oleh Theseus (Raja Duke) dan diarahkan untuk mengahwinkan mereka berempat mengikut kemahuan cinta mereka. Akhirya kedua-dua pasangan bercinta itu hidup bahagia dan kota Athens dihiasi dengan kegembiraan rakyat-rakyatnya.
p/s: SENANDIKA.. kita bila lagi nak mempersembahkan karya kita di IB?? heheAntara kenangan terindah yang sempat dilakarkan bersama teman2 tersayang...
Kami 3 serangkai....
Kawaii neh?? =p
I LOVE U....