Monday, February 22, 2010

kehidupan di Pasir Gudang, Johor..

Apartment Tanjung Puteri Resort.. nama yang agak klas gitu.. hehe inilah nama tempat aku menyewa ketika berada di PG. Menyewa seramai 4 org serumah, masing2 dgn perangai berbeza.. menjadikan suasana rumah lebih ceria. Perjalanan ke tempat kerja hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari rumah. Tapi kami harus bertolak seawal 6.45 pagi untuk ‘berebut’ parking.. haha supaya tak perlu berjalan jauh sgt.
.
Tapi apabila shura mendapat pas kereta (sepatutnya untuk staf sahaja).. 7.15 atau paling lewat 7.30 pagi barulah kami bertolak.. Biasalah manusia, awal2 memang bersemangat.. dh dpt rentak dan irama.. hmmph.. hehe mula lah dengan perangai semula jadi.. =p

Bekerja di SDE, pulang lewat adalah perkara biasa.. Sebagai seorang practical trainee, untuk mendapatkan kepercayaan majikan, agar berjaya diserap menjadi staf SDE, kami harus menunjukkan komitmen yang tinggi. Jadi walaupun tidak dibayar OT, kami tetap gigih pulang lewat.. Pernah hingga mencecah pukul 11.00 malam. Demi komitmen, kami gigihkan diri.. Walaupun stress dan penat.. tapi kami tabahkan juga ibarat karang yang dihempas ombak.. parjalanan masa.. mengajar hati semakin tabah kini.. di dalam kemarau dan gerimis aku tetap tabah menghadapi… =)

Memandangkan elaun hanyalah rm400, duit itulah untuk bayar sewa, api, air, topup, makan, ronggeng.. maka kami mengambil keputusan untuk masak di rumah. Ini adalah kaedah yang bijak untuk berjimat. Tapi apabila harus pulang lewat, kadang2 kami tak makan malam. Balik rumah, kadang2 mandi pun tak larat.. terus tidur. Nasib baik dah solat di opis kerada SDE mempunyai surau yang selesa.. ( Budaya berjemaah adalah budaya yang biasa di SDE, setiap waktu.. ini yang sering membuatkan kami kagum.. Lagi satu, sebelum major operation dekat site terutamanya loadout, pasti ada solat sunat hajat.. subhanallah..)

Walaupun wang kami sering menjadi penghalang, tapi bukan sepenuh penghalang,, hehe berbelit2.. kami tetap pergi bersuka ria sebagai kaedah menghilangkan stress.. Berjalan2 di Danga Bay, menonton wayang, melihat *Pesta Layang2 Antarabangsa, melepak dgn *Jannatul Madina, tgk *wayang kombo dgn diorg sham, bobo n , melepak di kedai2 makan, beli tudung di Kota Tinggi, ikut Shura balik Muar naik bas lompat2.. hehe.. =) semuanya memberikan kenangan yang cukup indah bagi diriku.. Aku, Masha dan Shura..

Tiga sekawan yang berkongsi suka dan duka bersama.. Berkongsi cerita sambil ketawa adalah perkara biasa.. Berkongsi cerita sambil menangis adalah juga perkara biasa.. “Cerita kami.. Masalah kami.. Hanya kami yang tahu.. Dan hanya kami yang mengerti.. “

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..

Pasti kalian ingat memori lagu ini.. hehehe aku kangen sama kalian.. terima kasih untuk semuanya.. kenangan kita bersama akan terpahat kemas di memoriku sampai bila2. Moga persahabatan kita terus kekal selamanya.. Selamat maju jaya! =)


*wayang kombo = menonton 3 movie in a row! Haha sakit pinggang aku.. dan bila cerita tak best, adalah yang tdo. Haha.. paham2 la sape eh.. =p
*Jannatul Madina = kawan Masha yang dah jadi kawan kitorg gak.. ehehe Jan, sy suka sgt nama awk ni tau..
*Pesta Layang2 Antarabangsa = time ni layang2 besar lagi dari gajah pun ada tau! Seronok!


*

*

*

*

*

*

gamba nanti2 ya... hehe

1 comment:

Anonymous said...

aku baru baca entry ne..
hahah saat2 kita susa dlooo kn yun? hee!~