Wednesday, September 10, 2008

teratai tasik chini....


PSM.. Projek sarjana muda.. satu nama yang cukup popular di kalangan pelajar tahun akhir... kerana satu nama inilah yang bakal membuatkan tidur malam mereka tidak lena.. Begitu juga halnya dengan diriku.. tetapi tahap aku hanyalah risau sahaja.. taklah sampai tak tidur lena. Kerana tidurku masih indah dibuai oleh mimpi2 indah.. Mimpi2 yang tidak dapat kualami di kehidupan realitiku.. kerana itulah ianya bernama m.i.m.p.i... hehe


Ok lah.. Biar aku pergi lurus tanpa perlu corner2 baring.. sebenarnya aku ingin menceritakan pengalamanku sewaktu berada di tasik chini.. Oh ya, terlupa pula.. Untuk pengetahuan kalian, PSM yang aku buat adalah berkaitan dengan air.. dan air yang berkaitan pula ialah air dari tasik chini.. pening? hehe memang sengaja aku menulis begini.. Baru ada stail kata makcik enah sebelah rumah pak kasim.. (ehehe siapa lah diorg ni.. aku pun tak tau.. hehe)

Kali terakhir aku ke tasik chini.. harap2nya begitulah kerana aku sudah bosan nak membuat eksperimen di lab. Ke tasik chini memang tak bosan.. tapi kesudahannya yang aku tidak gemar.. terpaksa menghabiskan berjam2 di lab sambil mendengar orang2 tertentu membebel di lab.. huh! tensi..

oh.. dah berlarutan lagi ceritaku.. ya.. kali terakhir aku ke tasik chini, Pakcik bot mengatakan ada teratai yg baru tumbuh. Alangkah gumbira hatiku.. kerana ini bermaksud tasik chini bakal sembuh sedikit dari keparahan.. parah terutama dari sudut kualiti airnya.. dan bila tiba di tempat teratai itu.. fuhhh... terkesima aku kerana teratai2 itu sungguh cantik...

Seperti yang kalian tahu.. pada bulan disember 07, kuantan dilanda banjir besar.. dan tasik chini turut ditimpa musibah ini.. Memang benar, banjir besar ini satu musibah. tetapi ada rahmat disebaliknya.. kerana banjir yang maha besar itu telah melimpahkan keluar sebahagian air tasik chini yang secara tidak langsung telah membersihkannya.. secara semulajadi.. jika kalian fikir.. betapa setiap perkara yang berlaku.. baik atau buruk.. pasti ada rahmat disebaliknya... cuma lambat atau cepat.. samada kita sedar atau tidak.. ia pasti ada.. begitu juga dengan kehidupan kita.. betapa DIA maha mengetahui segala-galanya... oleh itu bersyukurlah sentiasa...


Lokasi pengambaran: Teratai ni betul2 kat tepi bot.. ksian kena langgar..
nasib baik tak rosak..

lokasi pengambaran: dari atas bot.. nasib baik tak jatuh.. huhu


p/s: lambat giler nak upload.. nanti la tambah gambar lagi(kalau rajin la..)







8 comments:

Sengal Ubi said...

sis...

all the best utk psm k... if u need help u know where to find it (not me! hahaha)

jumapx said...

wah...
besnya dpt tgk teratai...

ehmmm...
hidup memang mcm tue...
kadang2 kita menyalahkan takdir atas apa yg berlaku...

namun kita terlupa...ada baiknya di sebalik semua yang berlaku...

seperti teratai juga....walaupun ianya layu di tasik madu...

namun kita harus ingat...bunga2 teratai itu pasti akan berputik kembali....untuk menghiasi tasik yang indah itu...(indah ke?)....

walaupun bunga teratai itu tidak sama...namun fungsinya tetap sama...

mengindahkan tasik itu...he3

propa~

yunika kirana said...

sengal ubi:
ehehe.. ya ya.. i'll know what to do.. carik amir walaupun sampai ke lubang cacing.. hehe thanks anyway!

jumapx:
emm.. tasik itu masih indah walaupun tiada teratai.. tetapi tidak seindah jika ada teratai.. hehe dan ya.. jumain betul.. walaupun ayat kamu propa.. tapi saya suka.. hehe

Nyda Zamani said...

tu dia..
bila civil engineer berkata-kata
hehe~

Nyda Zamani said...

waaaaa...
cantik3..suke3~
huhuhu

Otit said...

teratai yang cantik.
kawu gik cantik.

Unknown said...

huhu..
thanks tito..
puji2 ada maksud ka..
hehe

RoseHana said...

hmmm..
walaupum aku org chini,tp dah bertahun2 aku xpg tsik cnini itu..
uhuhu...
nway,all the best.=)